Kembali ke senarai perkhidmatan
#05

Pembinaan & Kerja Tapak

Pelaksanaan kerja tapak merangkumi kerja awalan pembinaan, pemancangan cerucuk, pembersihan bangunan, dan pelupusan sisa pembinaan.

Pembinaan & Kerja Tapak

Skop Perkhidmatan Kami

Kerja-kerja Tanah & Bancuhan

Pelaksanaan kerja-kerja penyediaan tapak termasuk cerun, tambakan, tebukan, dan penstabilan tanah mengikut spesifikasi kejuruteraan dan keselamatan tapak bina.

Kerja Konkrit & Struktur

Pembinaan elemen struktur utama termasuk asas, tiang, rasuk, dan plat lantai konkrit bertetulang mengikut lukisan dan spesifikasi jurutera struktur yang ditetapkan.

Kerja Bata & Kemasan

Pembinaan dinding bata, kerja-kerja plaster, kemasan lantai dan dinding, serta pemasangan kemasan siling bagi memastikan kualiti kemasan yang konsisten dan berkualiti tinggi.

Pemasangan Mekanikal & Elektrikal (M&E)

Pemasangan sistem elektrik, paip air, sistem penghawa dingin (HVAC), pencegah kebakaran, dan lif mengikut piawaian JKR, TNB, SYABAS, dan BOMBA.

Kerja Luaran & Landskap

Pembinaan infrastruktur luaran termasuk jalan, parking, longkang, pagar, pencahayaan luar, dan penanaman pokok bagi melengkapkan pembangunan secara menyeluruh.