Kembali ke senarai perkhidmatan
#04

Pengurusan Projek

Pengurusan projek menyeluruh dari inisiasi hingga penyerahan kunci — memastikan projek disiapkan dalam masa, bajet, dan skop yang ditetapkan.

Skop Perkhidmatan Kami

Perancangan & Penjadualan Projek

Penyediaan jadual kerja terperinci (master programme), carta Gantt, dan milestone projek bagi memastikan setiap fasa pembinaan dilaksanakan mengikut tempoh masa yang diperuntukkan.

Pengurusan Kos & Tender

Penyediaan anggaran kos projek, dokumen tender, penilaian sebut harga kontraktor, dan pengurusan tuntutan kemajuan bagi memastikan projek kekal dalam bajet yang ditetapkan.

Penyelarasan Konsultan & Kontraktor

Pengurusan komunikasi dan penyelarasan antara semua pihak terlibat termasuk arkitek, jurutera, kontraktor, dan subkontraktor bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek.

Pemantauan Kemajuan & Laporan

Pemantauan berkala kemajuan kerja di tapak dan penyediaan laporan status projek kepada klien, merangkumi isu, risiko, dan tindakan pembetulan yang diperlukan.

Penyerahan & Penutupan Projek

Pengurusan proses penyerahan projek termasuk semakan kecacatan (defect inspection), penyediaan manual operasi, dan permohonan Sijil Layak Menduduki (CFO).