Kembali ke senarai perkhidmatan
#03

Perkhidmatan Seni Bina

Reka bentuk bangunan yang berfungsi, estetik, dan mematuhi undang-undang bangunan Malaysia — merangkumi projek kediaman, komersial, dan industri.

Perkhidmatan Seni Bina

Skop Perkhidmatan Kami

Rekabentuk Konsep & Skematik

Pembangunan konsep rekabentuk awal yang menterjemahkan keperluan dan visi klien kepada lakaran ruang yang fungsional, estetik, dan sesuai dengan konteks tapak.

Penyediaan Lukisan Bina & Spesifikasi

Penyediaan set lukisan arkitek lengkap termasuk pelan lantai, potongan, fasad, dan spesifikasi bahan binaan untuk tujuan pembinaan dan kelulusan.

Permohonan Pelan Bangunan (PB)

Pengurusan keseluruhan proses permohonan kelulusan pelan bangunan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), termasuk penyediaan dokumen dan susulan semakan.

Rekabentuk Dalaman (Interior)

Perancangan dan rekabentuk ruang dalaman yang menggabungkan fungsi, estetik, dan pengalaman pengguna untuk projek kediaman, pejabat, dan komersial.

Pengurusan Projek Pembinaan

Pengawasan menyeluruh ke atas projek pembinaan dari fasa pra-kontrak hingga penyerahan projek, memastikan kualiti, masa, dan kos terkawal pada setiap peringkat.